Wednesday, 20 November 2013

Terapi air putih
Minum air putih dengan secukupnya dapat memurnikan tubuh kita. Hal ini kerana air putih dapat membuatkan usus besar bekerja lebih baik serta membentuk darah baru dalam tubuh. Darah baru yang dibentuk ini penting dalam menyembuhkan penyakit serta memelihara kesihatan. Antara cara terapi air dapat dilakukan seperti berikut :-
·       Pada waktu pagi, iaitu setelah bangun dari tidur, minumlah air terlebih dahulu sekurang-kurangnya 1.5 liter air putih. Air ini seeloknya diminum tanpa kita gosok gigi terlebih dahulu.
·       Perkara yang sangat penting adalah tidak mimun atau makan apa-apa satu jam sebelum atau selepas minum air putih tersebut.
·       Juga telah diteliti bahawa tidak boleh minum minuman yang beralkohol pada malam sebelumnya.
·       Digalakkan minum air putih yang sudah direbus atau air yang telah disaring.        

Bagi permulaan dalam menjadi minum air putih sebagai amalan harian pada waktu pagi sememangnya amat sukar. Oleh itu, digalakkan terlebih dahulu minum sebanyak 4 gelas air putih. Kemungkinan juga kita akan sentiasa buang air kecil atau air besar setiap satu jam, akan tetapi perkara ini kembali normal seperti sedia kala.

No comments:

Post a Comment