Tuesday, 12 November 2013

Program Bina Insan Guru (BIG)

Program Bina Insan Guru (BIG) yang berlangsung pada tahun 2013 telah memberi 1001 pengalaman yang berharga kepada diriku sebagai pelalar ISMP Bimbingan dan Kaunseling. Pengalaman bersama guru-guru Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) selama 8 hari yang bertempat di dewan besar dan tapak perkhemahan pusat ko-kurikulum.

Banyak pengalaman yang ditimba sepanjang aku menjadi fasilitator bagi program BIG. Dalam program ini, aku telah menjadi fasilitator bagi aktiviti outdoor di mana aku dan rakan-rakan yang lain harus masuk ke dalam hutan bagi menjaga checkpoint masing-masing. aku dan rakanku iaitu Farah telah menjaga checkpoint 3 dimana amat sukar untuk kami sampai ke tempat tersebut kerana terpaksa melalui laluan yang mencabar. Hal ini kerana cerun bukit yang agak curam dan licin boleh mendatangkan bahaya jika kami tersalah langkah. Alhamdulillah, sepanjang 8 hari berprogram , aku dan rakan-rakan fasilitator tidak mengalami kecederaan.

Pengalaman yang aku dapat semasa mengedalikan modul di dalam hutan, sebagai fasilitator kepada peserta yang lebih tua dan berpengalaman, kita haruslah menanamkan sifat menghormati antara satu sama lain. Bak kata pensyarah aku, hormat diri sendiri dahulu, barulah orang akan menghormati diri kita semula tidak kira tua atau muda. Justeru itu, aku sangat seronok bersama-sama guru DPLI yang sangat sporting dan memberi pengalaman yang berharga kepada diriku..

TO BE CONTINUE...
BARISAN FASILITATOR BIG UPSI 2013

WE ARE THE BEST !

HARI PERTAMA MENUNGGU KETIBAAN PESERTA

NAH, HASIL KRAFTANGAN GURU DPLI


SEMUA GROUP CIKGU LELAKI

TERBAIK

NI GROUP CIKGU POMPUAN

USAHA MEMBUAT KRAFTANGAN

KREATIF KAN DIAORANG





1 comment: