AIR DAN PENYEMBUHAN
PENYAKIT
Air putih mempunyai banyak kebaikan terutama dalam penyembuhan penyakit.
Hal ini kerana tubuh kita amat memerlukan air supaya tekanan darah terjaga dan
sistem jantung dapat berjalan dengan baik. Oleh sebab itu, kita digalakkan
minum air putih sebanyak 7 hingga 8 gelas sehari bagi menampung kehilangan air
dalam tubuh akibat daripada tenaga yang banyak digunakan. Selain itu, air putih
yang kita minum juga akan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kekurangan air dalam tubuh akan menyebabkan kita berasa lemah, lesu, serta
pening.
· Air putih didapati dapat menyembuhkan penyakit seperti penyakit jantung,
kerosakan kulit, penyakit saluran nafas, usus, penyakit kewanitaan, serta
gangguan jiwa.
· Manakala penyakit-penyakit yang ringan seperti batuk, suara serak akibat
kurang tidur, dan sebagainya juga dapat disembuhkan dengan menggunakan air
putih.
· Air putih yang sesuai di minum untuk menyembuhkan penyakit-penyakit ini
adalah air yang telah di masak dan tidak sejuk, iaitu yang dingin kerana air
ini memberi banyak manfaat kepada tubuh kita.
· Air yang tidak terlalu panas dan sejuk ini juga dapat menyihatkan badan
kita dan dapat menghindarkan diri daripada mendapat penyakit. Kekurangan minum
air putih juga akan menyebabkan lemak dalam badan kita semakin bertambah kerana
pertambahan lemak ini berkaitan dengan kerja hati dan ginjal.
· Oleh itu, dengan minum air putih dengan banyak, hati akan berjalan
dengan baik dan lemah dapat dikurangkan serta memberi tenaga kepada tubuh.
No comments:
Post a Comment