Wednesday, 20 November 2013

RAHSIA MOLEKUL AIR
Rahsia molekul air terbongkar apabila seorang profesor dari Jepun, iaitu Masaru Emoto telah membuat penyelidikan terhadap molekul air.
·       Setelah membuat penyelidikan terhadap molekul-molekul air ini, beliau telah menemui beberapa bentuk molekul yang terbentuk. Penyelidikan tersebut dijalankan ke atas pelbagai jenis air, antaranya air sungai, laut, perigi dan sebagainya.

·       Molekul air yang diperolehi tersebut ada berupa seolah-oleh jin dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya, tetapi molekul tersebut kelihatan samar-samar.
·       Kebanyakan molekul air yang diperoleh kesemuanya hampir mempunyai kesamaan. Setelah itu, Profesor Masaru Emoto telah menunjukkan salah satu molekul yang cantik bagaikan berlian, bersinar-sinar serta mengeluarkan warna yang berwarna-warni. Molekul air yang cantik ini adalah molekul air zam-zam.
·       Suara atau kata-kata yang keluar dari mulut kita amat mempengaruhi keadaan molekul air. Hal ini kerana air juga seperti manusia iaitu mempunyai perasaan. Contohnya, manusia akan sakit hati apabila diperkatakan dengan kata-kata yang buruk dan gembira apabila selalu diucap kata-kata yang baik.
·       Oleh itu, air juga sama seperti manusia, molekulnya akan berwajah manis apabila diperkatakan kata-kata yang indah terhadapnya seperti terima kasih, membaca doa dan sebagainya. Sebaliknya akan berwajah buruk apabila diperkatakan perkara yang kurang elok terhadapnya.


·       Selain itu juga, kita boleh berkomunikasi dengan melihat perubahan terhadap molekulnya.  Beberapa contoh molekul air yang diucap dengan kata-kata indah dan kata-kata buruk.
MOLEKUL AIR ZAM-ZAM
MOLEKUL AIR YANG DI BACAKAN DOA
MOLEKUL AIR YANG DI BACAKAN DOA

MOLEKUL AIR YANG DI TUNJUKKAN GAMBAR HILTER


MOLEKUL AIR YANG DIPERDENGAR MUZIK HEAVY METAL

No comments:

Post a Comment