SEJARAH
YOGA
Ø Yoga merupakan sistem
kesihatan menyeluruh (holistik) yang terbentuk daripada kebudayaan India Kuno
sejak 3000 SM. Yoga merupakan kombinasi unik di antara gerakan yang bermanfaat
untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan cara bernafas serta meditasi yang
dapat memberikan ketenangan. Yoga bukanlah sesuatu yang
berhubungan dengan agama atau kepercayaan tertentu.
YOGA
MENURUT AGAMA
- Yoga dalam Islam
- Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan amalan yoga secara sistematik iaitu yang membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan Tuhan (berunsur Hindu), adalah bertentangan dengan syariat Islam.
- Amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mantera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan namun tetap tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim.
Yoga Menurut Agama Bukan Islam
- Yoga Hindu
Mengikut
Yoga Hindu, seseorang itu boleh bersatu dengan Tuhan semasa roh masih beradadalam badan, iaitu semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini (James
McCartney, 1969, Yoga The Key to Life, New York: E.P. Dutton & Co., Inc.,
p.2).
ii.
Selepas
seseorang itu mati, rohnya akan hidup semula ke dalam jasad lain. Keadaan ini
berterusan sehingga sampai ke tahap suci yang layak bersatu dengan Tuhan (Brahma).
iii.
Jalan
keluar daripada duka dan sengsara yang berterusan adalah melalui belajar cara-cara mengamalkan Yoga
yang betul (John Ferguson, 1977, An Illustrated Encyclopedia of Mysticism,
“samsara”, New York: Seabury Press, p.163 & Armstrong, K, A History of God,
New York: Ballantine Books, 1993, p. 32).
- Yoga
Buddha
i.
Hasil
daripada pertapaannya, Gautama Buddha mendapat Kegemilangan Rohaniah
(Enlightened).
ii.
Hasil
daripada terlepas dirinya daripada kenyataan hidup di dunia ini ialah bebas
daripada duka dan kesengsaraan.
- Yoga
Yahudi
i.
Yoga
Yahudi menggunakan cara yang sama seperti latihan bernafas, membaca mantera dan
melakukan kedudukan badan yang pelbagai yang disebut Asana untuk mencapai
sejenis keadaan kesedaran consciousness
(Armstrong, K, . A History of God, New York: Ballantine Books, 1993, p. 250.).
- Yoga
Kristian
i.
Matlamat
Yoga Kristian ialah “Kesatuan Roh dengan Tuhan”, bermaksud yoga sesuai dengan
Kristian.
ii.
Yoga
Kristian mengatakan bahawa seseorang itu akan bersatu dengan Tuhan selepas
mati.
iii.
Ini
berbeza dengan Yoga Hindu yang mengatakan bahawa manusia boleh bersatu dengan
Tuhan semasa roh masih ada dalam badan, iaitu semasa seseorang itu masih hidup
di dunia ini (James McCartney ).
TEKNIK YOGA
Perbincangan berkaitan Senaman Yoga ialah Asana
Yoga. Enam contoh senaman asana ialah seperti berikut:-
PadmasanaSeorang duduk bersila di atas lantai. Kaki kanan di atas peha kiri dan kaki kiri di atas peha kanan. Tapak tangan kanan di atas lutut kanan dan tapak tangan kiri di atas lutut kiri. Ibu jari menyentuh jari telunjuk. Erti Padmasana ialah kedudukan teratai. Di kalangan penganut Hindu, bunga teratai adalah simbol keheningan, kejernihan dan keyakinan diri. Bunga teratai juga menjadi simbol kepada anggota kemaluan perempuan (Phelan, N and Volin, Michael, Sex and Yoga, New York: Bantam Books, 1969, p. 150). Padmasana merupakan imbangan yang sempurna, seperti bunga teratai terapung di atas air kolam yang tenang.
Yoga-Mudra merupakan simbol sujud seseorang kepada Tuhan. Cara duduknya ialah bersila sama seperti duduk Padmasana. Tarik nafas dengan mendalam, kemudian hembuskan. Tunduk perlahan-lahan ke hadapan sehingga dagu dan mulut mencecah lantai. Dua belah lengan angkat ke atas, kedua belah tangan berpegangan. Kekalkan dalam keadaan begitu seberapa lama yang boleh tanpa menarik nafas, kemudian tarik nafas dan angkat badan perlahan-lahan sehingga tegak seperti kedudukan asal serta hembuskan nafas. Yoga-Mudra ini amat jelas melibatkan perkara agama atau ketuhanan.
Matsyasana ertinya kedudukan ikan. Kaedahnya duduk sama seperti Padmasana juga. Rebahkan badan ke belakang. Angkat dada ke atas supaya bahagian tengah kepala dapat mencecah lantai. Tangan kanan memegang kaki kanan dan tangan kiri memegang kaki kiri. Bernafas seperti biasa tanpa ada rasa paksaan (Alain, Yoga for Perfect health, New York: Pyramid Books, 1970, pp. 85-89).
Padmasana
cara Gheranda Saniluta.
Duduk bersila sama seperti Padmasana. Kedua tangan silangkan ke belakang dan pegang jari ibu kaki yang bersilang itu dengan kuat (jari ibu kaki kanan dengan tangan kanan dan jari ibu kaki kiri dengan tangan kiri). Tundukkan kepala sehingga sampai ke dagu dan tekankan dagu itu ke dada serta mata melihat batang hidung (John Ferguson, 1977, An Illustrated Encyclopedia of Mysticism, “Yoga”, New York: Seabury Press, p.213).
Duduk bersila sama seperti Padmasana. Kedua tangan silangkan ke belakang dan pegang jari ibu kaki yang bersilang itu dengan kuat (jari ibu kaki kanan dengan tangan kanan dan jari ibu kaki kiri dengan tangan kiri). Tundukkan kepala sehingga sampai ke dagu dan tekankan dagu itu ke dada serta mata melihat batang hidung (John Ferguson, 1977, An Illustrated Encyclopedia of Mysticism, “Yoga”, New York: Seabury Press, p.213).
Vajraana
Vajraana menyerupai duduk tasyahhud dalam solat Islam, punggung duduk di atas tumit dan peha di atas labu betis (Alain, Yoga for Perfect Health, New York: Pyramid Books, 1970, p. 86).
Vajraana menyerupai duduk tasyahhud dalam solat Islam, punggung duduk di atas tumit dan peha di atas labu betis (Alain, Yoga for Perfect Health, New York: Pyramid Books, 1970, p. 86).
Garudasana
Garuda ialah nama burung khayalan berkepalakan rupa manusia tunggangan Tuhan Vishnu apabila dia mahu naik ke langit. Vishnu sendiri biasanya digambarkan dengan bunga teratai (Abdu Fatah, Sumber Ajaran Sesat, Putrajaya: JAKIM).
Garuda ialah nama burung khayalan berkepalakan rupa manusia tunggangan Tuhan Vishnu apabila dia mahu naik ke langit. Vishnu sendiri biasanya digambarkan dengan bunga teratai (Abdu Fatah, Sumber Ajaran Sesat, Putrajaya: JAKIM).
- Cara melakukan Garudasana: Berdiri tegak dengan sebelah kaki kanan memijak kuat dI atas lantai.
- Kemudian angkat kaki kiri, peha kiri jadi bersilang dengan peha kanan. Belakang betis kiri dan kaki membelit betis kanan seperti akar membelit pohon.
- Cara yang sama dilakukan ke atas lengan, sebelah lengan membelit lengan sebelah lagi. Tapak tangan menyentuh satu sama lain. Tangan terletak di hadapan muka. Kedudukan kaki dan tangan hendaklah bertukar ganti (Alain, Yoga for Perfect Health, New York: Pyramid Books, 1970, p. 105).
Daripada
enam contoh senaman Asana Yoga, terdapat unsur agama Hindu – Buddha, iaitu
bunga teratai, asana sujud dan asana garuda.
No comments:
Post a Comment