Wednesday, 20 November 2013

EMOTIONAL FREEDOM TECHNIQUE (EFT)
v  EFT adalah satu teknik penyembuhan sederhana namun luar biasa yang dapat mengurangkan stres yang merupakan penyebab banyak penyakit.
v  Teknik boleh menghilangkan stres dalam berbagai masalah kesihatan, masalah psikologi, dan isu-isu prestasi bahkan berkesan terhadap kaedah lain.
 v  EFT merupakan satu bentuk akupresur psikologi, berdasarkan meridian tenaga yang sama digunakan dalam akupuntur tradisional untuk mengubati penyakit fizikal atau emosi selama lebih daripada 5000 tahun dahulu, namun tanpa menggunakan jarum.
v  Ia hanya penekanan sederhana dengan hujung jari digunakan untuk memasukkan tenaga kinetik ke meridian tertentu di kepala dan dada sementara kita berfikir tentang masalah khusus kita sama ada peristiwa trauma, ketagihan dan juga rasa sakit.
v  Teknik ini juga diaplikasikan bersama dengan suara afirmasi positif iaitu menerapkan kata-kata positif terhadap diri sendiri.
TEKNIK-TEKNIK EFT
1. Karate Chop
Ø  Mulakan menekan dengan mengatakan “walaupun saya mempunyai (masalah), saya menerima diri saya”.
Ø  Menggunakan empat jari dari tangan yang berlawanan. Juga boleh menekan hanya pada satu tangan.
Ø  Nama tekanan ini diperolehi melalui cara ahli karate yang menggunakan bahagian tangan ini untuk membelah papan.
2. Bahagian Kening - Tekan salah satu kening atau kedua-dua belah dengan menggunakan satu, dua, atau tiga jari.
3. Bahagian Sisi Mata
Ø  Tekan pada tonjolan tulang di luar mata dan bahagian lembut di sebelah tonjolan tersebut menggunakan dua tau tiga jari.
Ø   Kawasan ini adalah merupakan titik permulaan atau tempat ketiga akhir bagi titik meridian akupuntur yang bermaksud sekiranya meggunakan beberapa jari dan merangkumi kawasan yang lebih luas akanmemberikan rangsangan meridian yang lebih.
 Meridian yang banyak akan merangsang tenaga untuk mengerakkan meridian yang tersekat.
4. Bahagian Dalam Bawah Mata
Ø  Tekan bahagian ini menggunakan dua jari.
Ø   Kawasan ini lembut, tekan dengan perlahan-lahan.
Ø  Ini adalah permulaan bagi meridian perut yang mana Roger Callah di dalam TFT yang mencetuskan penemuan EFT ini.
5.  Bahagian Bawah Hidung
Ø  Tekan bahagian anatara hidung dan mulut dengan menggunakan jari tengah juga hanya gunakan satu tangan sahaja kerana berkemungkinan akan kehilangan meridian sekiranya menggunakan kedua-dua tangan.
Ø  Perlu dipastikan tekanan tepat di bahagian tengah kerana ia hanya menfokuskan satu jari iaitu meridian tunggal.
6.  Bahagian Dagu
Ø  Menggunakan dua atau tiga jari dan hanya satu tanggan kerana ia juga merupakan meridian tunggal juga berikan tekanan pada jari tengah untuk merangsang meridian tengah.
Ø  Titik dagu merupakan titik akhir bagi meridian tengah.
Ø  Meridian tengah penting bagi menjaga tenaga mengalir ke arah positif  jugamenahan kritikan orang lain.
7.  Bahagian Tulang Selangka
Ø  Menggunakan kedua-dua belah tangan dan dua, tiga atau empat jari untuk menekan.
Ø  Titik ini penting untuk fungsi ginjal.
Ø  Menurut Donna Eden dengan menekan bahagian ini dapat menyalurkan tenaga sekeliling membuatkan anda lebih waspada dan membantu berfikiran lebih baik.
Ø   Titik ini sesuai sekiranya anda berasa mengantuk ketika memandu dan belajar.

8.  Bahagian Bawah Lengan
Ø  Tekan sekitar empat inci di bawah ketiak di tengah-tengah sisi anda. Tekan dengan mengguanakan tiga atau empat jari dengan keadaan tangan mendatar.
Ø  Di sini ialah meridian limpa yang berakhir dengan terus ke ketiak lurus ke bawah sampai sekitar tengah rusuk.
Ø   Jika anda mendapati terdapat rasa sakit ketika menekan ini menandakan terdapatnya tenaga yang tersekat di bahagian limpa anda.
Ø  Dengan merangsang median ini dapat membantu meningkatkan tenaga, menyeimbangkan darah  dan juga memperkuatkan sistem imunisasi anda.
9. Bahagaian Atas Kepala
Ø  Tekan bahagian atas kepala dengan semua jari dalam keadaan melingkar seakan-akan bulatan untuk menutup kawasan yang luas di bahagian atas kepala.
Ø  Bayangkan anda menekan keseluruhan bahagian atas kepala anda. Jika anda melihat carta meridian, terdapat banyak meridian di atas kepala.
Ø   Dengan menekan meridian atas kepala dapat merangsang meridian seperti usus besar, usus kecil, perut, pundi kencing.

KESAN DAN KEPENTINGAN EFT
•           Merasakan lebih gembira berbanding sebelumnya.
•           Hati menjadi lebih tenang dan tenteram.
•           Akal menjadi lebih kreatif dan pintar.
•           Hubungan antara keluarga, rakan dan masyarakat menjadi lebih baik.
•           Mudah menjalinkan hubungan dengan semua orang.
•           Meningkatkan mutu kejayaan dalam hidup secara lebih profesional.
•           Mengurangkan sifat ketagihan yang dialami sebelum ini.
•           Mengurangkan atau menghilangkan kesakitan yang dialami.
•           Menjadi lebih efektif dan produktif.
•           Melaksanakan matlamat positif dalam hidup.

SSELAMAT MENCUBA, SAYANGI DIRI, JAGALAH KESIHATAN :)


No comments:

Post a Comment