Friday, 22 November 2013

RENUNGAN BERSAMA

Kita disuruh berusaha kerana keizinan Allah itu sering berkaitan dengan usaha yang menuruti sunnah ataupun tabiat ciptaan alam. DIA boleh memenangkan para nabiNYA dalam sekelip mata, namun itu tidak berlaku. Semua para nabi terpaksa berjuang dan mencari sebab musabab untuk membolehkan mereka menang. Lihat Maryam ibu Nabi Isa, ketika dia dalam keadaan lemah hendak melahirkan Nabi Isa a.s., Allah menyuruh dia menggoncang pokok tamar. Rutab (tamar masak) pun jatuh berguguran. Firman Allah: (maksudnya)

“(ketika Maryam hendak melahirkan Isa) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar; dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan jadilah aku dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! lalu dia diseru dari sebelah bawahnya:” janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan goncanglah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur ke atasmu buah tamar yang masak.” (Surah Maryam 23-25).

Lihat, padahal Allah Pemberi Rezeki, tidak bolehkah DIA gugurkan sahaja buah tanpa perlu Maryam bersusah payah menggoncangnya?! Jika pun dia goncang, sekuat mana sangat wanita yang sarat mengandung dapat menggoncang pohon tamar?! Tidakkah dia sedang mengandung dengan pilihan Allah terhadap dirinya. Ya, namun, Allah mahu hidup ini berjalan menurut tabiatnya, usaha tetap disuruh dan bantuan Allah akan mengiringnya.


Thursday, 21 November 2013

bawaku terbang bersama impian



Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Menyusur di kaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
[*]
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah kau masih ada
[**]
Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Ulang [*]
Nanana.. nananana..
Nanana.. nananana..
Nanana.. nananana.. na…
Kau masih ada ulang 2x
Kau masih adaaa… ooooooooo!
Ulang [**]
Tanya sama pokok…


Apa Itu Kaunseling

Definisi Kaunseling

• Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.



Objektif Kaunseling

• Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan.
• Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah.
• Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu.
• Menolong klien menyelesaikan masalahnya.


Tujuan Kaunseling
• Memberi Maklumat-Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
• Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor
• Menggalakkan Celik Akal-Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran.Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya
• Memberi Sokongan-Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.
• Penyelesaian Konflik-Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak). Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan
• Membuat keputusan-Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan. Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil.



Malaysian Motivator Competition Intervarsity 1 Malaysia 2013 Siri II

Nothing is impossible.
The words itself says :
"I'm possible"

JOM SERTAI SEKARANG, TUNJUKKAN BAKAT YANG TERPENDAM, ANDA BOLEH!!!

Banner Malaysian Motivator Competition Intervarsity 1 Malaysia 2013 Siri II

Poster Malaysian Motivator Competition Intervarsity 1 Malaysia 2013 Siri II

SEKADAR PERKONGSIAN BERSAMA

Ku Sangka Orang Gila

......26 May 2011.....




Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted - Warta Dari Hati)

***Gambar hiasan semata-mata..

Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt.
 .


Sebagai seorang anak, kita wajib untuk membalas jasa kedua ibu bapa kita..

Seorang pekebun miskin menyara anaknya untuk menghabiskan kolejnya. Pada hari konvokesyen, dia berkata bapanya adalah kebanggaan terbesarnya.



Hargailah mereka di saat mereka masih ada bersama kita..
Jangan menangis di kemudian hari,
Walau macam mane pon mereka,
Mereka telah banyak berkorban demi kebahagiaan
Dan kejayaan kita. 


Pesan pada diri, jagalah hati, jaga mata, jaga telinga, jaga mulut


PROGRAM BERSAMA PELAJAR HIGH-RISK SMK SLIM

Pelajar High-Risk??
ok, bile dengar perkataan di atas, apa yang korang fikir tentang pelajar ni??
Adakah mereka amat bermasalah, tidak boleh berubah?
Erm, selama 3 hari 2 malam saya berprogram bersama mereka, banyak pengalaman yang saya dapat, dan sebenarnya mereka semua ada potensi, namun kurang sokongan daripada ibu bapa.
kesiankan, saya tengok diaorang, erm semoga Allah membuka hati mereka untuk menjadi insan suatu hari kelak.
Hari pertama mereka mendengar taklimat

semuanya pelajar lelaki start dari form1,2 dan 4.. Ade 5 orang pelajar India sahaja, dan mereka ni kurang bergaul, macam pelajar Melayu dan India bermusuh r.. tapi, bile mereka duk khemah same2, nmpak la mereka ok sket daripada hari pertama.

Apa yang menariknya tentang pelajar high-risk, walaupun diaorang ni jenis malas ke sekolah, suka ponteng & wat problem, tapi mereka ni ringan tulang dan sporting dalam segala hal.





Mase ni kitaorang wat modul potensi diri kt pelajar high-risk, nampakkan mereka semua nk berjaya dalam hidup.







PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH BERSAMA SEMESTER 1

Program pembangunan sahsiah bersama semester 1 memang best giler sebab....nak tau tak??
Bersama en. Aziz


Selama 2 hari aku mengikuti program ini, banyak pengalaman yang aku dapat. Ice-breaking memang aku suka sebabnye kitaorang memang excited giler mase cari geng2 yang sama huruf, negeri dan macam-macam lah. walaupun tempat cam x ok, tapi yang penting pengisian program yang membolehkan peserta mengikutinya sampai akhir tanpa rasa jemu.

erm En. Aziz juga ade menerangkan tentang teori prodigy.Ianya sebenarnya sangat penting kepada aku yang akan bergelar sebagai seorang kaunselor seuatu hari nanti.

Erm, ha mase KEMBARUN tu pun memang syok sebab kami setiap kumpulan menyiapkan tugasan yang diberi. Apa yang mencabarkan, kami perlu ke setiap checkpoint bersama klu yang terdapatnya bahasa asing yang sukar untuk kami fahaminya. Tapi, berkat usaha kami, kami memang dapat r selesaikannya dengan kerjasama ahli kumpulan. Dan yang menariknya, kami sekumpulan share minum teh panas tanpa gula, wah memang tercabar jugak r..

Bergambar bersama-sama selepas tamat program

Kami seronok join program ni

Nampak tak kegembiraan kami, terselah disitu

Aku dan pensyarahku En. Aziz





Wednesday, 20 November 2013

RAHSIA MOLEKUL AIR
Rahsia molekul air terbongkar apabila seorang profesor dari Jepun, iaitu Masaru Emoto telah membuat penyelidikan terhadap molekul air.
·       Setelah membuat penyelidikan terhadap molekul-molekul air ini, beliau telah menemui beberapa bentuk molekul yang terbentuk. Penyelidikan tersebut dijalankan ke atas pelbagai jenis air, antaranya air sungai, laut, perigi dan sebagainya.

·       Molekul air yang diperolehi tersebut ada berupa seolah-oleh jin dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya, tetapi molekul tersebut kelihatan samar-samar.
·       Kebanyakan molekul air yang diperoleh kesemuanya hampir mempunyai kesamaan. Setelah itu, Profesor Masaru Emoto telah menunjukkan salah satu molekul yang cantik bagaikan berlian, bersinar-sinar serta mengeluarkan warna yang berwarna-warni. Molekul air yang cantik ini adalah molekul air zam-zam.
·       Suara atau kata-kata yang keluar dari mulut kita amat mempengaruhi keadaan molekul air. Hal ini kerana air juga seperti manusia iaitu mempunyai perasaan. Contohnya, manusia akan sakit hati apabila diperkatakan dengan kata-kata yang buruk dan gembira apabila selalu diucap kata-kata yang baik.
·       Oleh itu, air juga sama seperti manusia, molekulnya akan berwajah manis apabila diperkatakan kata-kata yang indah terhadapnya seperti terima kasih, membaca doa dan sebagainya. Sebaliknya akan berwajah buruk apabila diperkatakan perkara yang kurang elok terhadapnya.


·       Selain itu juga, kita boleh berkomunikasi dengan melihat perubahan terhadap molekulnya.  Beberapa contoh molekul air yang diucap dengan kata-kata indah dan kata-kata buruk.
MOLEKUL AIR ZAM-ZAM
MOLEKUL AIR YANG DI BACAKAN DOA
MOLEKUL AIR YANG DI BACAKAN DOA

MOLEKUL AIR YANG DI TUNJUKKAN GAMBAR HILTER


MOLEKUL AIR YANG DIPERDENGAR MUZIK HEAVY METAL

Terapi air putih
Minum air putih dengan secukupnya dapat memurnikan tubuh kita. Hal ini kerana air putih dapat membuatkan usus besar bekerja lebih baik serta membentuk darah baru dalam tubuh. Darah baru yang dibentuk ini penting dalam menyembuhkan penyakit serta memelihara kesihatan. Antara cara terapi air dapat dilakukan seperti berikut :-
·       Pada waktu pagi, iaitu setelah bangun dari tidur, minumlah air terlebih dahulu sekurang-kurangnya 1.5 liter air putih. Air ini seeloknya diminum tanpa kita gosok gigi terlebih dahulu.
·       Perkara yang sangat penting adalah tidak mimun atau makan apa-apa satu jam sebelum atau selepas minum air putih tersebut.
·       Juga telah diteliti bahawa tidak boleh minum minuman yang beralkohol pada malam sebelumnya.
·       Digalakkan minum air putih yang sudah direbus atau air yang telah disaring.        

Bagi permulaan dalam menjadi minum air putih sebagai amalan harian pada waktu pagi sememangnya amat sukar. Oleh itu, digalakkan terlebih dahulu minum sebanyak 4 gelas air putih. Kemungkinan juga kita akan sentiasa buang air kecil atau air besar setiap satu jam, akan tetapi perkara ini kembali normal seperti sedia kala.
AIR DAN PENYEMBUHAN PENYAKIT

Air putih mempunyai banyak kebaikan terutama dalam penyembuhan penyakit. Hal ini kerana tubuh kita amat memerlukan air supaya tekanan darah terjaga dan sistem jantung dapat berjalan dengan baik. Oleh sebab itu, kita digalakkan minum air putih sebanyak 7 hingga 8 gelas sehari bagi menampung kehilangan air dalam tubuh akibat daripada tenaga yang banyak digunakan. Selain itu, air putih yang kita minum juga akan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh. Kekurangan air dalam tubuh akan menyebabkan kita berasa lemah, lesu, serta pening.
·       Air putih didapati dapat menyembuhkan penyakit seperti penyakit jantung, kerosakan kulit, penyakit saluran nafas, usus, penyakit kewanitaan, serta gangguan jiwa.
·       Manakala penyakit-penyakit yang ringan seperti batuk, suara serak akibat kurang tidur, dan sebagainya juga dapat disembuhkan dengan menggunakan air putih.
·       Air putih yang sesuai di minum untuk menyembuhkan penyakit-penyakit ini adalah air yang telah di masak dan tidak sejuk, iaitu yang dingin kerana air ini memberi banyak manfaat kepada tubuh kita.
·       Air yang tidak terlalu panas dan sejuk ini juga dapat menyihatkan badan kita dan dapat menghindarkan diri daripada mendapat penyakit. Kekurangan minum air putih juga akan menyebabkan lemak dalam badan kita semakin bertambah kerana pertambahan lemak ini berkaitan dengan kerja hati dan ginjal.
·       Oleh itu, dengan minum air putih dengan banyak, hati akan berjalan dengan baik dan lemah dapat dikurangkan serta memberi tenaga kepada tubuh.


SEJARAH YOGA

Ø  Yoga merupakan sistem kesihatan menyeluruh (holistik) yang terbentuk daripada kebudayaan India Kuno sejak 3000 SM. Yoga merupakan kombinasi unik di antara gerakan yang bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan cara bernafas serta meditasi yang dapat memberikan ketenangan. Yoga bukanlah sesuatu yang berhubungan dengan agama atau kepercayaan tertentu.

YOGA MENURUT AGAMA
  • Yoga dalam Islam
  1. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan amalan yoga secara sistematik iaitu yang membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan Tuhan (berunsur Hindu), adalah bertentangan dengan syariat Islam.
  2. Amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mantera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan namun tetap tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim.
Fatwa yang membezakan Yoga berunsur keagamaan Hindu dan Yoga berbentuk fizikal ini telah dipertikai oleh Sisters in Islam (SIS) yang mengkritik tanpa memahami fatwa yang dikeluarkan. Majlis Fatwa Malaysia telah mengeluarkan fatwa bahawa senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mantera dan pemujaan Hindu boleh membawa kepada kesyirikan dan dengan itu adalah haram.


Yoga Menurut Agama Bukan Islam

  • Yoga Hindu
             Mengikut Yoga Hindu, seseorang itu boleh bersatu dengan Tuhan semasa roh masih beradadalam badan, iaitu semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini (James McCartney, 1969, Yoga The Key to Life, New York: E.P. Dutton & Co., Inc., p.2).

     ii.        Selepas seseorang itu mati, rohnya akan hidup semula ke dalam jasad lain. Keadaan ini berterusan sehingga sampai ke tahap suci yang layak bersatu dengan Tuhan  (Brahma).

    iii.        Jalan keluar daripada duka dan sengsara yang berterusan adalah  melalui belajar cara-cara mengamalkan Yoga yang betul (John Ferguson, 1977, An Illustrated Encyclopedia of Mysticism, “samsara”, New York: Seabury Press, p.163 & Armstrong, K, A History of God, New York: Ballantine Books, 1993, p. 32).
  • Yoga Buddha
      i.        Hasil daripada pertapaannya, Gautama Buddha mendapat Kegemilangan Rohaniah (Enlightened).

     ii.        Hasil daripada terlepas dirinya daripada kenyataan hidup di dunia ini ialah bebas daripada duka dan kesengsaraan.
  • Yoga Yahudi
      i.        Yoga Yahudi menggunakan cara yang sama seperti latihan bernafas, membaca mantera dan melakukan kedudukan badan yang pelbagai yang disebut Asana untuk mencapai sejenis keadaan kesedaran consciousness (Armstrong, K, . A History of God, New York: Ballantine Books, 1993, p. 250.).
  • Yoga Kristian
      i.        Matlamat Yoga Kristian ialah “Kesatuan Roh dengan Tuhan”, bermaksud yoga sesuai dengan Kristian.

     ii.        Yoga Kristian mengatakan bahawa seseorang itu akan bersatu dengan Tuhan selepas mati.
    iii.        Ini berbeza dengan Yoga Hindu yang mengatakan bahawa manusia boleh bersatu dengan Tuhan semasa roh masih ada dalam badan, iaitu semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini (James McCartney ).

 TEKNIK YOGA
Perbincangan berkaitan Senaman Yoga ialah Asana Yoga. Enam contoh senaman asana ialah seperti berikut:-
Padmasana
Seorang duduk bersila di atas lantai. Kaki kanan di atas peha kiri dan kaki kiri di atas peha kanan. Tapak tangan kanan di atas lutut kanan dan tapak tangan kiri di atas lutut kiri. Ibu jari menyentuh jari telunjuk. Erti Padmasana ialah kedudukan teratai. Di kalangan penganut Hindu, bunga teratai adalah simbol keheningan, kejernihan dan keyakinan diri. Bunga teratai juga menjadi simbol kepada anggota kemaluan perempuan (Phelan, N and Volin, Michael, Sex and Yoga, New York: Bantam Books, 1969, p. 150). Padmasana merupakan imbangan yang sempurna, seperti bunga teratai terapung di atas air kolam yang tenang.

Yoga-Mudra
Yoga-Mudra merupakan simbol sujud seseorang kepada Tuhan. Cara duduknya ialah bersila sama seperti duduk Padmasana. Tarik nafas dengan mendalam, kemudian hembuskan. Tunduk perlahan-lahan ke hadapan sehingga dagu dan mulut mencecah lantai. Dua belah lengan angkat ke atas, kedua belah tangan berpegangan. Kekalkan dalam keadaan begitu seberapa lama yang boleh tanpa menarik nafas, kemudian tarik nafas dan angkat badan perlahan-lahan sehingga tegak seperti kedudukan asal serta hembuskan nafas. Yoga-Mudra ini amat jelas melibatkan perkara agama atau ketuhanan.

Matsyasana
Matsyasana ertinya kedudukan ikan. Kaedahnya duduk sama seperti Padmasana juga. Rebahkan badan ke belakang. Angkat dada ke atas supaya bahagian tengah kepala dapat mencecah lantai. Tangan kanan memegang kaki kanan dan tangan kiri memegang kaki kiri. Bernafas seperti biasa tanpa ada rasa paksaan (Alain, Yoga for Perfect health, New York: Pyramid Books, 1970, pp. 85-89).


Padmasana cara Gheranda Saniluta.
Duduk bersila sama seperti Padmasana. Kedua tangan silangkan ke belakang dan pegang jari ibu kaki yang bersilang itu dengan kuat (jari ibu kaki kanan dengan tangan kanan dan jari ibu kaki kiri dengan tangan kiri). Tundukkan kepala sehingga sampai ke dagu dan tekankan dagu itu ke dada serta mata melihat batang hidung (John Ferguson, 1977, An Illustrated Encyclopedia of Mysticism, “Yoga”, New York: Seabury Press, p.213).


Vajraana
Vajraana menyerupai duduk tasyahhud dalam solat Islam, punggung duduk di atas tumit dan peha di atas labu betis (Alain, Yoga for Perfect Health, New York: Pyramid Books, 1970, p. 86).
Garudasana
Garuda ialah nama burung khayalan berkepalakan rupa manusia tunggangan Tuhan Vishnu apabila dia mahu naik ke langit. Vishnu sendiri biasanya digambarkan dengan bunga teratai (Abdu Fatah, Sumber Ajaran Sesat, Putrajaya: JAKIM).    
  1.  Cara melakukan Garudasana: Berdiri tegak dengan sebelah kaki kanan memijak kuat dI atas lantai.
  2.   Kemudian angkat kaki kiri, peha kiri jadi bersilang dengan peha kanan. Belakang betis kiri dan kaki membelit betis kanan seperti akar membelit pohon.
  3. Cara yang sama dilakukan ke atas lengan, sebelah lengan membelit lengan sebelah lagi. Tapak tangan menyentuh satu sama lain. Tangan terletak di hadapan muka. Kedudukan kaki dan tangan hendaklah bertukar ganti (Alain, Yoga for Perfect Health, New York: Pyramid Books, 1970, p. 105). 
Daripada enam contoh senaman Asana Yoga, terdapat unsur agama Hindu – Buddha, iaitu bunga teratai, asana sujud dan asana garuda.


EMOTIONAL FREEDOM TECHNIQUE (EFT)
v  EFT adalah satu teknik penyembuhan sederhana namun luar biasa yang dapat mengurangkan stres yang merupakan penyebab banyak penyakit.
v  Teknik boleh menghilangkan stres dalam berbagai masalah kesihatan, masalah psikologi, dan isu-isu prestasi bahkan berkesan terhadap kaedah lain.
 v  EFT merupakan satu bentuk akupresur psikologi, berdasarkan meridian tenaga yang sama digunakan dalam akupuntur tradisional untuk mengubati penyakit fizikal atau emosi selama lebih daripada 5000 tahun dahulu, namun tanpa menggunakan jarum.
v  Ia hanya penekanan sederhana dengan hujung jari digunakan untuk memasukkan tenaga kinetik ke meridian tertentu di kepala dan dada sementara kita berfikir tentang masalah khusus kita sama ada peristiwa trauma, ketagihan dan juga rasa sakit.
v  Teknik ini juga diaplikasikan bersama dengan suara afirmasi positif iaitu menerapkan kata-kata positif terhadap diri sendiri.
TEKNIK-TEKNIK EFT
1. Karate Chop
Ø  Mulakan menekan dengan mengatakan “walaupun saya mempunyai (masalah), saya menerima diri saya”.
Ø  Menggunakan empat jari dari tangan yang berlawanan. Juga boleh menekan hanya pada satu tangan.
Ø  Nama tekanan ini diperolehi melalui cara ahli karate yang menggunakan bahagian tangan ini untuk membelah papan.
2. Bahagian Kening - Tekan salah satu kening atau kedua-dua belah dengan menggunakan satu, dua, atau tiga jari.
3. Bahagian Sisi Mata
Ø  Tekan pada tonjolan tulang di luar mata dan bahagian lembut di sebelah tonjolan tersebut menggunakan dua tau tiga jari.
Ø   Kawasan ini adalah merupakan titik permulaan atau tempat ketiga akhir bagi titik meridian akupuntur yang bermaksud sekiranya meggunakan beberapa jari dan merangkumi kawasan yang lebih luas akanmemberikan rangsangan meridian yang lebih.
 Meridian yang banyak akan merangsang tenaga untuk mengerakkan meridian yang tersekat.
4. Bahagian Dalam Bawah Mata
Ø  Tekan bahagian ini menggunakan dua jari.
Ø   Kawasan ini lembut, tekan dengan perlahan-lahan.
Ø  Ini adalah permulaan bagi meridian perut yang mana Roger Callah di dalam TFT yang mencetuskan penemuan EFT ini.
5.  Bahagian Bawah Hidung
Ø  Tekan bahagian anatara hidung dan mulut dengan menggunakan jari tengah juga hanya gunakan satu tangan sahaja kerana berkemungkinan akan kehilangan meridian sekiranya menggunakan kedua-dua tangan.
Ø  Perlu dipastikan tekanan tepat di bahagian tengah kerana ia hanya menfokuskan satu jari iaitu meridian tunggal.
6.  Bahagian Dagu
Ø  Menggunakan dua atau tiga jari dan hanya satu tanggan kerana ia juga merupakan meridian tunggal juga berikan tekanan pada jari tengah untuk merangsang meridian tengah.
Ø  Titik dagu merupakan titik akhir bagi meridian tengah.
Ø  Meridian tengah penting bagi menjaga tenaga mengalir ke arah positif  jugamenahan kritikan orang lain.
7.  Bahagian Tulang Selangka
Ø  Menggunakan kedua-dua belah tangan dan dua, tiga atau empat jari untuk menekan.
Ø  Titik ini penting untuk fungsi ginjal.
Ø  Menurut Donna Eden dengan menekan bahagian ini dapat menyalurkan tenaga sekeliling membuatkan anda lebih waspada dan membantu berfikiran lebih baik.
Ø   Titik ini sesuai sekiranya anda berasa mengantuk ketika memandu dan belajar.

8.  Bahagian Bawah Lengan
Ø  Tekan sekitar empat inci di bawah ketiak di tengah-tengah sisi anda. Tekan dengan mengguanakan tiga atau empat jari dengan keadaan tangan mendatar.
Ø  Di sini ialah meridian limpa yang berakhir dengan terus ke ketiak lurus ke bawah sampai sekitar tengah rusuk.
Ø   Jika anda mendapati terdapat rasa sakit ketika menekan ini menandakan terdapatnya tenaga yang tersekat di bahagian limpa anda.
Ø  Dengan merangsang median ini dapat membantu meningkatkan tenaga, menyeimbangkan darah  dan juga memperkuatkan sistem imunisasi anda.
9. Bahagaian Atas Kepala
Ø  Tekan bahagian atas kepala dengan semua jari dalam keadaan melingkar seakan-akan bulatan untuk menutup kawasan yang luas di bahagian atas kepala.
Ø  Bayangkan anda menekan keseluruhan bahagian atas kepala anda. Jika anda melihat carta meridian, terdapat banyak meridian di atas kepala.
Ø   Dengan menekan meridian atas kepala dapat merangsang meridian seperti usus besar, usus kecil, perut, pundi kencing.

KESAN DAN KEPENTINGAN EFT
•           Merasakan lebih gembira berbanding sebelumnya.
•           Hati menjadi lebih tenang dan tenteram.
•           Akal menjadi lebih kreatif dan pintar.
•           Hubungan antara keluarga, rakan dan masyarakat menjadi lebih baik.
•           Mudah menjalinkan hubungan dengan semua orang.
•           Meningkatkan mutu kejayaan dalam hidup secara lebih profesional.
•           Mengurangkan sifat ketagihan yang dialami sebelum ini.
•           Mengurangkan atau menghilangkan kesakitan yang dialami.
•           Menjadi lebih efektif dan produktif.
•           Melaksanakan matlamat positif dalam hidup.

SSELAMAT MENCUBA, SAYANGI DIRI, JAGALAH KESIHATAN :)